Jadual asal bagi mempertemukan Juara Regu NXT, Bobby Fish & Kyle O’Reilly dengan Eric Young & Alexander Wolfe dari pasukan Sanity terpaksa dibatalkan apabila pasukan pimpinan Eric Young itu menyerang trio Undisputed Era dari belakang sebelum perlawanan bermula, sehingga menyebabkan suasana bertukar menjadi gegak gempita.

Akibatnya, Pengurus Besar NXT, William Regal menukar pelan asal. Di perlawanan kemuncak episod minggu ini, pasukan Sanity dipertemukan dengan Undisputed Era dalam perlawanan regu tornado enam individu.

Format regu tornado yang tidak memerlukan sebarang sentuhan tag, menjadi medan kepada kedua-dua pasukan untuk melakukan apa sahaja termasuk penggunaan pelbagai objek asing seperti meja dan kerusi besi.

Undisputed Era nyaris beroleh kemenangan apabila pada satu ketika, Adam Cole berjaya merempuh Eric Young ke tangga besi, manakala Killian Dain terhempas ke meja akibat hempapan senton yang tidak mengena.

Namun jaguh dengan berat lebih 300 paun ini berjaya bangkit lantas menghadiahkan gerakan penyudah Ulster Plantation ke atas Bobby Fish dan memberikan kemenangan kepada pasukannya.

Dalam perkembangan lain, Johny “Wrestling” Gargano sekali lagi mencabar Juara NXT, Andrade” Cien” Almas untuk mempertaruhkan kejuaraannya di acara NXT akan datang.

Enggan memberi muka lagi kepada Gargano, jurucakap sang juara, Zelina Vega menetapkan bahawa sekiranya tewas, maka Gargano dikehendaki untuk meninggalkan NXT buat selamanya.

Keputusan perlawanan lain:
1. Heavy Machinery kalahkan Riddick Moss & Tino Sabbatelli
2. Bianca Belair tewaskan Jessix Hill

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEElimination Chamber dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.