Perlawanan maraton Iron Man di antara Dolph Ziggler dan Seth Rollins dengan Kejuaraan Antara Benua menjadi taruhan berlangsung sengit sepanjang 30 minit di acara kemuncak WWE Extreme Rules pagi tadi.

Rollins memulakan rentak cemerlang apabila memperoleh 2 jatuhan pin pada sepuluh minit pertama perlawanan. Gangguan oleh sekutu Ziggler, Drew McIntyre yang masuk ke gelanggang dengan melepaskan geram membelasah Rollins, memberi satu lagi mata bonus kepada The Architect memungkinkan Rollins di hadapan dengan catatan mata 3 berbalas 0.

Sebelum beredar meninggalkan gelanggang setelah dihalau pengadil, satu tendangan padu tepat ke muka Seth dilancarkan oleh McIntyre. Peluang ini dimanfaatkan oleh Ziggler yang membuat tindanan dan berjaya meraih mata pertamanya.

Di minit-minit terakhir perlawanan, kedua bintang terikat dengan mata 4-4. Rollins nyaris beroleh mata kelima, namun tindanan yang dilakukan tidak dikira kerana tempoh setengah jam telah berakhir.

Ziggler diumumkan sebagai juara bertahan kerana keputusan seri memungkinkan kejuaraan tidak berpindah tangan. Mujur Pengurus Am Raw, Kurt Angle mengubah keputusan pengadil dengan mengarahkan perlawanan disambung semula untuk menobatkan pemenang mutlak, dengan format sudden death atau yang pertama beroleh jatuhan pin akan dinamakan sebagai pemenang.

Tanpa disangka, peluang ini digunakan oleh Drew McIntyre untuk muncul sekali lagi mengganggu fokus Rollins dengan Ziggler melancarkan gerakan Zig Zag lantas beroleh mata ke lima seterusnya memastikan Kejuaraan Antara Benua kekal miliknya.

Keputusan lain perlawanan di Extreme Rules:
1. AJ Styles kalahkan Rusev seterusnya pertahankan Kejuaraan WWE.
2. Nia Jax gagal rampas Kejuaraan Wanita Raw daripada Alexa Bliss dalam perlawanan berformat Extreme Rules.
3. Bobby Lashley tumbangkan Roman Reigns.
4. The Bludgeon Brothers pertahankan Kejuaraan Regu Smackdown dengan tumpaskan Team Hell No
5. Kevin Owens kalahkan Braun Strowman dalam perlawanan Sangkar Besi (Owens ditolak dari atas sangkar lantas berikan kemenangan percuma kepada Owens).
6. Shinsuke Nakamura bergelar Juara Amerika Syarikat baharu dengan kalahkan Jeff Hardy.
7. Asuka gagal rampas Kejuaraan Wanita Smackdown daripada Carmella hasil gangguan James Ellsworth.
8. Finn Balor kalahkan Constable Baron Corbin.
9. The B Team kejutkan Deleter Of Worlds dengan bergelar Juara Regu Raw baharu.
10. Sanity kalahkan The New Day dalam perlawanan meja.
11. Andrade “Cien” Almas tumpaskan Sin Cara.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Summerslam pada 20 Ogos depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.