Dunia gusti profesional dikejutkan dengan berita pemergian bekas bintang diva WWE, Ashley Massaro beberapa jam lalu.

Ashley yang baru berusia 39 tahun dilaporkan mati mengejut di kediamannya yang terletak di Long Island, New York dan punca kematiannya masih dalam siasatan.

Ashley telah menempa nama di WWE sebagai juara dalam program pencarian bakat diva WWE pada tahun 2005 dan aktif bergusti selama 3 tahun sebelum berhijrah ke bidang lain pada 2008.

Bekas model dan pelakon ini juga popular di kalangan WWE Universe sebagai valet kepada pasangan bekas Juara Beregu WWE iaitu Paul London dan Brian Kendrick.

(Foto: WWE.com)