Russia sahkan Dzagoev perlukan ujian imbasan

Oleh Staff Writer 15 Jun 2018 9949
Russia sahkan Dzagoev perlukan ujian imbasan
Bintang Russia, Alan Dzagoev, memerlukan imbasan selepas mengalami kecederaan paha yang mungkin membuatkannya terpaksa melupakan baki saingan Piala Dunia 2018.

Russia memulakan saingan Piala Dunia selaku tuan rumah dengan cemerlang selepas membelasah Arab Saudi 5-0 semalam, namun kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi selepas Dzagoev hanya beraksi sehingga pertengahan babak pertama sebelum dibawa keluar pada minit ke-24.

"Alan Dzagoev mengalami kecederaan otot di belakang pahanya," kata kenyataan rasmi Russia.

"Segala usaha pemulihan akan ditentukan selepas proses imbasan yang akan dilakukan selepas ini."

Sewaktu Dzagoev meninggalkan padang, Russia telah berada di depan menerusi jaringan Yuri Gazinskiy pada minit ke-12, sebelum meraih empat lagi gol menerusi dua jaringan Denis Cheryshev dan masing-masing satu gol daripada Artem Dzyuba dan Aleksandr Golovin.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen