Putin hubungi Cherchesov selepas benam Arab Saudi

Oleh Staff Writer 15 Jun 2018 14482
Putin hubungi Cherchesov selepas benam Arab Saudi
Presiden Russia, Vladimir Putin, menghubungi pengendali pasukan, Stanislav Cherchesov, ketika sidang media selepas membelasah Arab Saudi 5-0 dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2018, lewat malam tadi.

Russia memulakan saingan kali ini selaku tuan rumah dengan aksi cemerlang apabila menyumbat lima gol tanpa balas untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Sewaktu sidang media selepas pertemuan itu, ketika wartawan mengajukan soalan kepada pemain terbaik perlawanan, Denis Cheryshev, Cherchesov meninggalkan pemainnya itu sambil memegang telefon bimbit.

Setelah kembali, wartawan bertanya mengenai panggilan telefon yang dilihat sangat penting itu dan pengendali berkenaan mendedahkan Putin telah menghubunginya.

"Ia adalalah Presiden Russia. Beliau mengucapkan tahniah kepada saya di atas persembahan cemerlang yang dipamerkan pasukan.

"Dalam masa sama, beliau meminta kami agar mengekalkan prestasi itu dalam perlawanan seterusnya," ujar Cherchesov.

Russia akan menyambung aksi Kumpulan A berdepan Mesir pada awal pagi Rabu, sebelum menamatkan pusingan pertama menentang Uruguay, lima hari kemudian.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen