Pizzi: Kekalahan yang memalukan

Oleh Staff Writer 15 Jun 2018 9646
Pizzi: Kekalahan yang memalukan
Pengendali Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi, menyifatkan keputusan tewas 5-0 di tangan Russia dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2018 sebagai sesuatu yang memalukan.

Tiada pasukan tuan rumah yang tewas dalam aksi pertama Piala Dunia dan Russia meneruskan tradisi itu apabila meraih jaringan daripada Yury Gazinsky pada minit-12, Denis Cheryshev (43, 90+1), Artem Dzyuba (71) and Aleksandr Golovin (90+3).

"Pasukan lawan langsung tidak memberikan ruang buat kami untuk memenangi perlawanan ini," kata Pizzi.

"Kami harus melupakan perasaan yang memalukan ini dan mula memikirkan tentang aksi seterusnya."

Bagaimanapun, bekas pengurus pasukan Chile itu optimis akan kemampuan anak-anak buahnya bagi menghadapi dua lagi aksi peringkat kumpulan bertemu Mesir dan Uruguay.

"Apa pun yang berlaku, saya mempunyai falsafah tersendiri dan akan melakukan yang terbaik. Saya percaya kepada perancangan kami serta kebolehan pemain-pemain untuk tampil lebih baik selepas ini."

Pizzi dilantik selaku pengurus Arab Saudi selepas mereka melayakkan diri ke pusingan akhir tahun lalu. Mereka memecat Bert van Marwijk walaupun mengharungi saingan kelayakan dengan cemerlang sebelum melakukan tindakan sama ke atas penggantinya, Edgardo Bauza, November lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen