Messi hanya seorang manusia biasa

Oleh Staff Writer 17 Jun 2018 13280
Messi hanya seorang manusia biasa
Sergio Aguero pantas mempertahankan Lionel Messi selepas rakan sepasukannya itu gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga membolehkan Iceland mengikat Argentina 1-1, dalam aksi Kumpulan D, semalam.

Aguero membuka tirai jaringan bagi aksi pertama Kumpulan D itu, namun Alfred Finnbogason menyumbat gol pertama Iceland di pentas terbesar itu, sekali gus menafikan kemenangan buat Argentina.

Messi melakukan 11 percubaan tetapi tetap gagal menghasilkan gol, namun Aguero tampil untuk mempertahankan bintang Barcelona itu.

"Messi hanyalah seorang manusia biasa," kata Aguero.

"Hari ini kami harus bersamanya dan kita semua tahu dia boleh menentukan keputusan dalam sesuatu perlawanan pada bila-bila masa sahaja.

"Perlawanan pertama ternyata sukar tetapi kami mahu menundukkan kesemua pasukan.

"Saya berharap aksi berdepan Croatia akan menjadi lebih baik," tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi rakan sepasukan Aguero, Javier Mascherano, berpendapat taktikal bertahan Iceland telah memberikan masalah buat pasukan bimbingan Jorge Sampaoli itu.

"Ia bukan satu perasaan yang bagus.

"Kami mahu menang, mencuba segala-galanya dan kami tidak boleh. Bukan mudah beraksi dalam perlawanan pertama tetapi anda harus terus mencuba," ujar Mascherano.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen