Arzani mampu beri kesan besar buat Australia

Oleh Staff Writer 16 Jun 2018 8928
Arzani mampu beri kesan besar buat Australia
Pengendali Australia, Bert Van Marwijk, optimis Daniel Arzani telah bersedia untuk memberikan kelainan buat pasukannya di pentas Piala Dunia walaupun memegang status pemain termuda kejohanan.

Arzani yang berusia 19 tahun telah beraksi cemerlang bersama Melbourne City tahun lalu sehingga menarik perhatian ramai dengan corak permainan dan kemahiran teknikal tinggi yang dimilikinya.

Dia dilahirkan di Iran dan dipertimbangkan untuk memperkuatkan skuad kendalian Carlos Queiroz, namun Australia terlebih dahulu mendapatkan khidmatnya bagi saingan di Russia.

Arzani diberikan penampilan pertama oleh Van Marwijk ketika aksi pemanas badan berdepan Republik Czech sebelum mencatat satu gol dan satu bantuan jaringan sewaktu masuk sebagai pemain gantian dalam pertemuan dengan Hungary, sekali gus menambahkan keyakinan pengurus itu terhadapnya.

"Dia pemain berbakat besar dan mampu memberikan kelainan," kata Van Marwijk.

"Ketika ini, saya tidak rasa dia mampu beraksi dalam perlawanan penuh tetapi aksi berdepan Hungary menjelaskan banyak perkara.

"Dia telah membuktikan dalam masa 25 minit bahawa dia mampu memberikan kelainan dalam sebuah perlawanan. 

"Arzani memerlukan masa untuk benar-benar cemerlang di peringkat antarabangsa tetapi mempunyai kualiti untuk memberikan perbezaan dalam sesetengah aksi," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen