Caroline Wozniacki meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas meraih kemenangan 6-1, 6-0 ke atas Georgina Garcia Perez dalam Kejohanan Terbuka Perancis di Gelanggang Philippe Chatrier, awal hari ini.

Pemain pilihan kedua itu hanya memerlukan 51 minit untuk menyingkirkan Garcia Perez yang berhempas-pulas dalam penampilan sulungnya di Roland Garros.

Wozniacki menguasai perlawanan sejak awal dan jauh untuk ditandingi lawan berusia 26 tahun itu yang beraksi penuh bersemangat.

Pemain Denmark itu berada di depan 5-0 sebelum Garcia Lopez akhirnya menunjukkan sedikit kebangkitan untuk memberi saingan.

Bagaimanapu, dalam set kedua, Wozniacki -- yang hanya membuat lapan kesilapan mudah -- melengkapkan kemenangan selesa.

Keputusan itu membawa Wozniacki ke pusingan ketiga untuk bertemu sama ada Alize Cornet atau Pauline Parmentier.