Gelanggang Satu Wimbledon mencuri perhatian apabila juara tujuh kali, Serena Williams, memulakan penampilan pertamanya sejak 2016 dengan kemenangan.

Serena menunjukkan Arantxa Rus jalan keluar dengan kemenangan 7-5, 6-3 awal pagi tadi untuk mengiringi kakaknya, Venus, dalam pusingan kedua.

Kemenangan Venus dalam aksi tiga set ke atas Johanna Larsson disusuli dengan 40 soalan dalam sidang media selepas pertarungan itu, namun kakaknya itu tidak memberi banyak peluang berita untuk media.

Sloane Stephens gagal menyerlah yang menyebabkan finalis Terbuka Perancis itu menjadi mangsa awal kejohanan sementara Victoria Azarenka mengatasi kesakitan lutut selepas tergelincir semasa menentang Ekaterina Alexandrova.

Caroline Wozniacki memerlukan tempoh kurang sejam untuk merakamkan kemenangan sulung dalam Grand Slam, namun Magdalena Rybarikova yang mara ke separuh akhir tahun lalu, tersingkir.

Keluarga Pliskova pula mengalami perasaan bercampur-baur kerana Karolina lolos tetapi adik kembarnya, Kristyna, tidak.

Kelibat keluarga diraja bukanlah asing di Wimbledon dan Serena berharap dia boleh melakukan sesuatu demi menarik perhatian Meghan Markle supaya hadir.

Williams menghadiri majlis perkahwinan Duchess of Sussex melibatkan Putera Harry itu pada Mei lalu dan mereka sekali lagi dilihat meluangkan masa dalam acara polo pada Sabtu lalu -- mendorong Serena menangguhkan tugasannya menghadiri sidang media Wimbledon.

Juara tujuh kali itu tidak menolak rakannya itu akan melawat Wimbledon sambil menyedari perlu terus menang untuk melakukannya.

"Saya tidak tahu (jika Meghan akan datang)," katanya selepas kemenangannya ke atas Rus. "Kita akan lihat nanti.

"(Mungkin) jika saya terus menang!"