Tiada pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia berada dalam suku akhir perseorangan wanita Wimbeldon buat kali pertama dalam sejarah tetapi Serena Williams meletakkan sasaran untuk menjulang gelaran grand slam yang ke-24.

Karolina Pliskova tersingkir apabila tewas di tangan Kiki Bertens, yang menyaksikan dia adalah pemain terakhir dalam kelompok 10 terbaik manakala Williams melakar kemenangan mudah ke atas Evgeniya Rodina.

Hsieh Su-wei, yang menewaskan pemain nombor satu dunia, Simona Halep, gagal mengulangi prestasi terbaiknya apabila gagal mengatasi Dominika Cibulkova.

Williams memerlukan 62 minit untuk mengatasi Rodina 6-2 6-2 tetapi ia bukan sesuatu yang menggembirakannya.

Bekas pemain nombor satu itu akan berdepan Camila Giorgi dalam suku akhir selepas wakil Itali itu meraih kemenangan straight set ke atas Ekaterina Makarova.

Goerges tewas dalam setiap pusingan pertama Wimbleon sejak lima tahun lalu tetapi kini dia telah mara ke suku akhir grand slam pertamanya dengan kemenangan ke atas Vekic 6-3, 6-2.

Bakal berdepan Bertens, dia menewaskan Pliskova 6-3, 7-6 (7-1), lawan yang amat dikenalinya.

"Kami sangat mengenali antara satu sama lain. Kami bermain beregu bersama-sama. Saya berasakan ini merupakan peluang buat kami menampilkan aksi cemerlang beraksi dalam acara perseorangan," ujarnya.