Petra Kvitova gagal mengikut jejak Simona Halep dan Garbine Muguruza dalam pusingan kedua untuk mencabar gelaran Grand Slam Wimbledon yang turut menyaksikan Maria Sharapova tersingkir, awal pagi tadi.

Juara dua kali, Kvitova, merupakan antara pilihan kejohanan, namun harapannya untuk menambah gelaran tidak kesampaian apabila ditundukkan Aliaksandra Sasnovich dalam aksi tiga set.

Pemain nombor satu dunia, Halep, dan juara bertahan, Muguruza, tidak berdepan masalah itu sambil majoriti pemain pilihan lain turut mara.

Begitupun, Caroline Garcia dan Sharapova tidak dapat mengikuti mereka selepas pemain nombor enam dunia itu tumpas straight set kepada Belinda Bencic yang menyaksikan juara 2004 berkenaan membazirkan kelebihan satu set ketika berdepan Vitalia Diatchenko.

Kekalahan di tangan pemain nombor 132 dunia itu mencalarkan rekod Sharapova yang belum pernah kalah dalam pusingan pertama di All England Club.

Sementara itu, Kvitova bergelut dengan prestasi sendiri sehingga gagal menandingi Sasnovich menerusi pertarungan tiga set 6-4, 4-6 ,6-0.

"Saya hanya memanaskan badan dalam kedudukan 5-0," kata Sasnovich. "Saya masih mampu meneruskan lagi permainan!"

Kvitova bergelut untuk meluahkan jawapannya dengan berkata: "Saya tidak berasa sihat. Ini baru pusingan pertama. Saya berasa gugup, saya tidak tahu mengapa."

Pemain dari Republik Czech itu hampir pasti akan berdepan Halep di peringkat suku akhir dengan bintang Romania itu mempamerkan persembahan mantap ketika menewaskan Kurumi Nara 6-2, 6-4.