Wimbledon: Halep juara atasi Williams

Oleh Staff Writer 13 Julai 2019 1502
Wimbledon: Halep juara atasi Williams
Simona Halep ternyata dalam kelas tersendiri apabila mengatasi Serena Williams 6-2, 6-2 untuk merangkul gelaran Wimbledon sulungnya dengan penuh bergaya di Kelab All England, sebentar tadi.

Juara tujuh kali, Williams, berharap dapat menyamai rekod 24 gelaran grand slam milik Margaret Court tetapi mudah diatasi oleh Halep yang beraksi cemerlang di Gelanggang Utama dalam tempoh hanya 56 minit.

Kejuaraan Halep dalam Terbuka Perancis tahun lalu membenarkan dia mengetepikan mimpi buruk apabila tewas dalam beberapa aksi final grand slam sebelum ini dan pemain pilihan ketujuh itu selesa beraksi dalam final kali ini.

Williams ternyata tidak berada di tahap terbaik, namun hakikatnya dia sudah melepasi prestasi terbaiknya apabila bergelut untuk mengikut rentak permainan Halep yang penuh bertenaga, dengan pemain ketujuh itu hanya melakukan tiga 'unforced errors'.

Williams, bagaimanapun, terpaksa akur dengan kekalahan grand slam ketiga berturut-turut manakala Halep yang meraikan kejayaan amat manis, kelihatan seakan-akan tidak percaya dengan kemenangan mudah yang diraih.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen