Roger Federer berasa "sangat seksi" dalam misi mempertahankan gelaran Grand Slam Wimbledon dan membuatkan Gelanggang Tengah jatuh cinta dengan legenda Switzerland itu selepas dia menyingkirkan Dusan Lajovic pada hari pertama.

Federer hanya memerlukan 79 minit untuk dalam pemburuan kejuaraan kesembilan Wimbledon apabila memenangi 91 mata berbanding 56 oleh Lajovic dalam kemenangan straight set.

Sementara itu, pemain yang dikecewakan dalam aksi final 12 bulan yang lalu, Marin Cilic, juga bermula mantap dan Sam Querrey yang baru melangsungkan perkahwinan perlu menangguhkan hasrat untuk berbulan madu.

Borna Coric -- yang menundukkan Federer dalam final Kejohanan Terbuka Halle -- gagal mengulangi persembahan cemerlang ketika menentang Daniil Medvedev manakala bintang Perancis, Gael Monfils, memenangi pertembungan dengan rakan senegaranya, Richard Gasquet.

Pakar servis, Ivo Karlovic, melakukannya sebanyak 36 kali ketika dia mengalahkan Mikhail Youzhny sementara dua pemukul servis kencang, John Isner (28) dan Kevin Anderson (20), masing-masing gagal menyamai rentak pemain Croatia itu untuk mengatasi Yannick Maden dan Norbert Gombos.

Federer tidak membuang masa dalam melontarkan amaran awal untuk mempertahankan gelarannya dengan mengetepikan Lajovic 6-1, 6-3 ,6-4.

"Saya gembira dapat kembali ke Wimbledon," katanya. "Saya benar-benar dapat menikmati pertarungan di sini kerana saya bermula dengan baik.

"Apabila anda bermula dengan baik dalam set pertama dan kedua, anda akan dapat menikmati saat ini lebih baik berbanding memulakan rentak dengan goyah."

Bagaimanapun, pakaian Federer menjadi tumpuan selepas dia beralih daripada Nike kepada Uniqlo.

"Saya teruja untuk memakai jenama Uniqlo hari ini. Saya harus memberitahu anda, sudah lama saya menantikan saat ini. Saya berasa sangat senang hati," ujarnya.