Novak Djokovic mengikut jejak langkah Roger Federer dan Rafael Nadal untuk mara ke pusingan suku akhir Wimbledon, semalam.

Federer meraih kemenangan set pertama berdepan Adrian Mannarino dalam tempoh 16 minit sebelum melengkapkan kemenangan 6-0 ,7-5, 6-4, sebelum Nadal Nadal turut mudah menewaskan Jiri Vesely.

Djokovic, yang perlu menunggu hingga jam 2 pagi (waktu Malaysia) untuk masuk ke gelanggang berdepan Karen Khachanov, menggunakan peluang daripada setiap kesilapan dilakukan wakil Russia itu bagi meraih kemenangan.

Tiada rungutan terhadap penyokong daripada Djokovic.

Djokovic mengkritik penonton yang hadir ke Gelanggang Tengah ketika meraih kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Kyle Edmund, Sabtu lalu, tetapi tidak menghadapi perkara yang sama selepas menewaskan Khachanov 6-4, 6-2, 6-2.

Kei Nishikori akan menjadi halangan seterusnya buat Djokovic selepas menewaskan Ernests Gulbis dalam empat set.

Nadal pula tenang mengatasi Vesely 6-3, 6-3, 6-4, yang meletakkan dirinya di landasan untuk bertemu Federer dalam final, mengulangi aksi penuh dramatik 10 tahun lalu.

"Jika Federer masuk final, saya mahu berdepannya. Kami akan menampilkan aksi yang terbaik," kata Nadal.

Juan Martin gagal mengikut jejak langkah Nadal ke suku akhir selepas tewas kepada Gilles Simon 7-6 (7-1), 7-6 (7-5), 5-7.