Hasrat Rafael Nadal untuk memburu gelaran Terbuka Perancis ke-12 menyaksikan dia bakal bertembung dengan Roger Federer di Roland Garros selepas diundi dalam laluan sama.

Undian semalam bakal menyaksikan Nadal, yang hanya tewas dua kali di gelanggang tanah liat, akan memulakan kempennya dengan menentang pemain kelayakan.

Seorang lagi pemain dari peringkat kelayakan berkemungkinan menjadi halangannya dalam pusingan kedua sambil Kei Nishikori menjadi menjadi lawan berpotensinya di peringkat suku akhir.

Juara 20 gelaran Grand Slam, Federer, Stefanos Tsitsipas -- yang menyingkirkan Nadal dalam Terbuka Madrid -- selain juara 2015, Stan Wawrinka, pula akan menantinya dalam separuh akhir.

Nadal dan Federer tidak akan bertembung dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, atau seorang lagi jaguh handalan tanah liat, Dominic Thiem, sehinggalah aksi final.

Djokovic akan membuka kempen menentang Hubert Hurkacz dengan berkemungkinan berdepan rintangan Alexander Zverev dalam untuk laluan ke separuh akhir di samping juara Monte Carlo Masters, Fabio Fognini.

Thiem, yang tewas kepada Nadal dalam final tahun lalu, akan menghadapi pemain yang mendapat 'peluang khas', Tommy Paul, dalam permulaan kempen.