Stefanos Tsitsipas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menyingkirkan Roger Federer dalam saingan Terbuka Australia untuk mara ke suku akhir grand slam yang pertama dalam kariernya.

Federer tidak pernah tewas di Melbourne Park sejak kalah kepada Novak Djokovic dalam separuh akhir edisi 2016 tetapi Tsitsipas meraih kemenangan terbesar dalam kariernya apabila menyingkirkan legenda Switzerland itu 6-7 (11-13), 7-6 (7-3), 7-5, 7-6 (7-5).

Pemain kelahiran Greece itu meraih hukuman pelanggaran masa dalam set pertama, menyelamatkan kesemua break point (12) -- termasuk empat dalam set kedua -- untuk melangkah ke suku akhir.

Federer menewaskan Tsitsipas dalam pertembungan terdahulu dalam saingan Piala Hopman tetapi pilihan ke-14 tu tidak kehilangan sebarang set dalam perlawanan ini.

Pemain ke-15 dunia itu berjaya menghukum pemenang grand slam 20 kali itu untuk melakukan 36 unforced error dalam pertembungan yang penuh dramatik di Arena Rod Laver sebentar tadi.

Tsitsipas bakal berdepan Roberto Bautista Agut selepas menamatkan cabaran Federer untuk menjadi pemain pertama menjuarai kejohanan ini buat kali ketujuh dan menjulang gelaran ATP yang ke-100.