Impian Stefanos Tsitsipas dalam saingan tenis Terbuka Australia 2019 terus menyala selepas menewaskan Roberto Bautista Agut di peringkat suku akhir dalam aksi empat set di Melbourne, hari ini.

Tsitsipas melangkah ke separuh akhir pertamanya di pentas grand slam selepas mencatat kemenangan 7-5, 4-6, 6-4, 7-6 (7-2) ke atas pemain pilihan ke-22 dari Sepanyol itu di Arena Rod Laver.

Pemain berusia 20 tahun itu yang hadir selaku pilihan ke-14 jelas menampilkan kecemerlangan sama ketika menundukkan Roger Federer sebelum ini apabila membuatkan Bautista Agut -- yang meraih tiga kemenangan daripada lima set dalam empat aksi terdahulu -- kepenatan.

Menunggu Tsitsipas dalam separuh akhir adalah sama ada Rafael Nadal atau Frances Tiafoe.

Tsitsipas memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan, ketinggalan di permulaan aksi tetapi bangkit di lewat set pertama.

Tatkala Bautista Agut bergelut dengan cahaya di gelanggang, Tsitsipas mencipta mata kemenangan dalam game ke-10 dengan pukulan ke depan dan menggunakan kesempatan apabila pukulan silang lawan sekadar ke jaring.

Permainan buruk menyaksikan Tsitsipas melepaskan servis dalam game ketiga set kedua dan kali ini, Bautista Agut tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan.

Dalam set ketiga secara berturut-turut, Bautista Agut mendahului 4-2 tetapi kepenatan sehingga menyebabkannya tewas empat game berturut-turut.

Tsitsipas yang melepaskan dua servis awal ekoran pelanggaran masa tampil mendahului 6-4 selepas mempertaruhkan pukulan silang.

Kedua-dua pemain tampak selesa dengan servis dalam set keempat sehingga ke game ke-12 apabila Bautista Agut mengesahkan mata akhir dengan pukulan silang, memenangi aksi dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Tsitsipas meraih pendahuluan 3-0 menerusi pukulan silang yang deras dan melihat Bautista Agut tidak mampu melawan, dia mengesahkan kemenangan.