Terbuka Australia: Tsitsipas rasa seperti ditumbuk di muka

Oleh Staff Writer 25 Januari 2020 231
Terbuka Australia: Tsitsipas rasa seperti ditumbuk di muka
Stefanos Tsitsipas mengalami kejutan apabila tersingkir daripada Terbuka Australia di tangan Milos Raonic dalam pusingan ketiga semalam.

Wakil Greece itu tewas straight set serta gagal merampas set ketika berdepan Raonic yang mempamerkan permainan cemerlang serta servis kencang.

Tsitsipas yang hadir ke dalam kejohanan sebagai pilihan keenam, tidak mampu memberikan sebarang jawapan di sebalik servis dan pukulan hadapan daripada Raonic apabila tewas 7-5, 6-4, 7-6 (7-2).

"Setiap pukulan Raonic tidak mampu diserap. Ia seperti ditumbuk ke muka. Saya seperti tidak terdaya untuk melakukan apa-apa," kata Tsitsipas.

"Saya tidak berkata ia adalah tuah tetapi ia adalah kemahiran. Saya berasa bodoh kerana gagal membalas servisnya."

Roger Federer pula memastikan kemenangan ke-100 di Melbourne Park menjadi kenangan apabila bertarung selama lima set dengan John Millman.

Juara enam kali itu kekal di landasan untuk menempah slot ke separuh akhir berdepan Novak Djokovic, yang terlalu cemerlang menyingkirkan Yoshihito Nishioka.



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen