Kempen cemerlang Lucas Pouille dalam saingan Terbuka Australia berterusan apabila dia melangkah ke separuh akhir susulan kejayaan menundukkan Milos Raonic di peringkat suku akhir hari ini.

Pouille melangkah ke separuh akhir grand slam buat pertama kali pertama setelah mencatat kemenangan 7-6 (7-4), 6-3, 6-7 (2-7), 6-4 dalam tempoh tiga jam dua minit di Arena Rod Laver.

Pemain Perancis yang merupakan pilihan ke-28 itu tewas dalam pusingan pertama selama lima tahun berturut-turut tetapi dia mempamerkan prestasi terbaik dalam edisi kali ini.

Pouille -- yang mara ke suku akhir kejohanan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat 2016 -- bakal berdepan Novak Djokovic atau Kei Nishikori dalam separuh akhir.

Buat Raonic, ia merupakan kekalahan pertama dalam empat pertemuan dengan Pouille dan pilihan ke-16 dari Kanada itu tewas buat kali keempat berturut-turut di peringkat sama dalam kejohanan utama.

Raonic bermula cemerlang untuk mendapatkan mata awal dan mendahului 3-0 dalam set pertama tetapi Pouille tenang mengekang sehingga lawannya gagal menyempurnakan servis, meraih mata ke-15 ketika kedudukan 5-3.

Kesilapan berganda servis daripada Raonic memberikan penguasaan Pouille dalam tie-break tatkala pemain dari Perancis itu menggunakan setiap peluang yang diraih, menggunakan forehand yang kemas untuk mengesahkan kemenangan dalam set pertama.

Pouille terus menyinar apabila mendahului 3-1 dalam set kedua selepas melakukan lambungan yang memerangkap lawan dan walaupun melakukan beberapa kesilapan, dia hanya terlepas empat mata daripada servis sehingga menang 6-3.

Dia terus mendominasi perlawanan dan memperoleh dua break point dalam game ketiga tatkala servis yang dilakukan Raonic ternyata tidak memberikannya masalah.

Sudah mula memikirkan aksi separuh akhir, fokus Pouille tampak terganggu apabila dia memberikan beberapa mata kepada lawan dan menyebabkan set ketiga diheret ke tie-break kedua.

Raonic melakukan permulaan sempurna dalam set keempat apabila pukulan forehand memberikannya pendahuluan 3-0 setelah memenangi enam mata dalam usaha untuk kembali ke landasan kemenangan.

Aksi menjadi sengit sehingga ke game ke-10 dalam set keempat tetapi Pouille mengesahkan kemenangan apabila Raonic -- yang menyelamatkan dua mata akhir -- melepaskan pukulan kilas yang tersasar.