Sofia Kenin meneruskan aksi memukaunya dengan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas menyingkirkan Ons Jabeur di Melbourne sebentar tadi.

Kenin layak ke separuh akhir kejohanan grand slam buat kali pertama selepas menewaskan lawan tidak ternama dari Tunisia itu 6-4, 6-4 di Arena Rod Laver.

Menanti pemain pilihan ke-14 dari Amerika Syarikat (AS) itu dalam separuh akhir adalah sama ada pemain nombor satu dunia, Ash Barty, atau naib juara edisi lalu, Petra Kvitova.

Aksi di Melborune Park itu menyaksikan kedua-dua peserta tidak ternama itu turun dalam suku akhir kejohanan grand slam buat julung-julung kalinya.

Kenin mengatasi pemain sensasi berusia 15 tahun, Coco Gauff, dalam pusingan keempat manakala Jabeur menjadi wanita Arab pertama melangkah ke suku akhir kejohanan utama selepas menewaskan Wang Qiang.

Set pertama berlangsung dengan dua pendekatan berbeza -- variasi pukulan Jabeur menyaksikannya melakukan 18 unforced error dan 17 kemenangan manakala Kenin hanya melakukan lima unforced error dan lapan kemenangan.

Kenin dan Jabeur, kedua-duanya memperoleh peluang mata break tetapi dengan mengungguli penentuan itu dalam game ketujuh ketika servis di tangannya, Jabeur berada di depan 4-3 dan itulah mata terakhirnya dalam set berkenaan.

Jabeur menyelamatkan lima mata akhir tetapi Kenin, yang memenangi dua pertemuan lalu, menamatkan set itu dalam tempoh 44 minit hasil satu lagi unforced error daripada lawannya itu.

Kenin mengasai gelanggang sebaik set kedua bermula dan Jabeur gagal meneruskan aksi garangnya di gelanggang tengah berkenaan.

Seperti set pertama, Kenin, yang masih belum bertemu pemain pilihan sepanjang di Melbourne, mendahului pada game ketujuh dan tidak memandang ke belakang untuk memenangi perlawanan itu.



Editor: Muzaffar Musa