Simona Halep, Karolina Pliskova dan Angelique Kerber meraih kemenangan selesa dalam pusingan kedua Kejohanan Terbuka Australia tatkala Garbine Muguruza terselamat daripada tersingkir hari ini.

Ia menjadi hari yang indah buat pilihan wanita di Melbourne Park apabila 10 daripada 12 antara mereka mara ke pusingan ketiga.

Halep, Pliskova dan Kerber antara yang layak sambil pemain bukan pilihan, Muguruza, turut meneruskan kemaraan.

Kesemua 10 pilihan teratas masih meneruskan cabaran, yang menyaksikan beberapa nama menepati jangkaan untuk mencabar kejuaraan.

Pilihan keempat yang juga naib juara di Melbourne pada 2018, Halep, tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil British, Harriet Dart, 6-2, 6-4.

Pemain Romania itu mencatat lima break ketika servis dan akan berdepan Yulia Putinseva yang mengetepikan semi finalis tahun lalu yang juga pilihan ke-26, Danielle Collins, 6-4, 2-6, 7-5.

Pliskova mara sekurang-kurangnya ke suku akhir dalam tiga edisi sebelum ini dan pilihan kedua dari Republik Czech itu dilihat pencabar utama

Dia tidak berdepan masalah untuk menang 6-3, 6-3 ketika berdepan Laura Siegemund di Rod Laver Arena.

Pliskova akan menentang Anastasia Pavlyuchenkova selepas pilihan ke-30 dari Russia itu melepasi halangan Taylor Townsend 7-5, 7-6 (7-1).

Juara edisi 2016, Kerber, juga tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan wakil Australia yang hadir menerusi tiket 'wildcard', Pirscilla Hon, 6-3, 6-2.

Juara dua kali grand slam, Muguruza, dipaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Ajla Tomljanovic 6-3, 3-6, 6-3.

Muguruza mengungguli 34 daripada 39 kesilapan lawan tetapi bakal berdepan cabaran lebih getir dalam pusingan ketiga.

Pilihan kelima, Elina Svitolina, bakal menentang Muguruza selepas mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Lauren Davis, 6-2, 7-6 (8-6).

Aksi lewat malam di Margaret Court Arena itu menjadi dramatik dalam set kedua apabila Svitolina gagal menggunakan kesempatan untuk memanfaatkan servis sebelum kesilapan Davis akhirnya menamatkan set penentuan.




Editor: Nafis Abdullah