Petra Kvitova menamatkan impian Ashleigh Barty untuk meraih kejuaraan di laman sendiri selepas menewaskan wakil tuan rumah itu 6-1, 6-4 dalam aksi suku akhir Terbuka Australia di Arena Rod Laver hari ini.

Persembahan memukau pemain dari Republik Czech, Kvitova, membolehkannya meneruskan rentetan persembahan cemerlang memenangi perlawanan tanpa set tambahan tatkala semua pergerakan dan kekuatan yang dimiliki mengesahkan tempat buatnya dalam separuh akhir di Melbourne.

Barty menyasarkan untuk muncul pemain Australia pertama melangkah ke separuh akhir sejak Wendy Turnbull melakukannya pada 1984 tetapi gagal untuk mengekang lawan.

Kvitova ditemui penuh emosi selepas perlawanan dan dia kini boleh fokus terhadap separuh akhir grand slam pertama buatnya sejak memenangi kejuaraan Wimbledon pada 2014 tatkala dia terlepas kejohanan besar sejak insiden serangan pisau di kediamannya pada Disember 2016.

"Saya tidak pernah mengimpikan untuk kembali ke stadium hebat ini dan tampil bagus. Ia hebat," kata Kvitova.

"Saya bermula lebih baik, melakukan servis dengan bagus dan mendapatkan pendahuluan. Apabila lawan bangkit, dia tidak memberikan saya ruang dan saya perlu berjuang sehingga aksi terakhir."

Kvitova memberikan tekanan awal kepada Barty dalam game kedua dan pemain tuan rumah itu sempat menyelamatkan diri daripada beberapa mata penting sebelum pukulan silang yang tersasar menamatkan set pertama..

Barty beraksi dalam keadaan buntu sambil Kvitova tenang mendapatkan penguasaan untuk mencatat kemenangan.

Set kedua menyaksikan sedikit kejutan dalam beberapa drop-shot sebelum Kvitova melakukan servis yang tersasar.

Teruja dengan sokongan penyokong di Arena Rod Laver, Barty kembali ke landasan untuk mengejutkan Kvitova dengan beberapa kutipan mata di awal set kedua.

Namun, Kvitova tetap tenang dan pantas mengaut peluang dalam game kesembilan, melakukan pukulan yang memerangkap ke tengah gelanggang untuk meraih penguasaan sebelum mata ke-15.

Kvitova menamatkan perlawanan untuk mengesahkan tempat dalam separuh akhir dan bakal berdepan Danielle Collins.