Naomi Osaka mendedahkan dia tidak sabar berdepan idolanya, Serena Williams, dalam aksi final Terbuka AS selepas mengatasi Madison Keys sekaligus mencipta sejarah di Flushing Meadows.

Pada usia 20 tahun, Osaka menjadi pemain Jepun pertama mara ke final grand slam selepas merakamkan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Keys, naib juara tahun lalu.

Dia bakal berdepan pemenang grand slam 23 kali, Williams, yang memenangi gelaran pertama di New York 19 tahun lalu -- mara ke final selepas menewaskan Anastasija Sevastova.

Keputusan separuh akhir kedua tidak mencerminkan saingan yang sengit, dengan Keys meraih 13 break points tetapi gagal menggunakan peluang itu dengan sebaik mungkin.

"Saya hanya memikirkan untuk beraksi berdepan Williams," kata Osaka.

"Dia adalah idolanya dan gembira kerana mara ke final."