Rafael Nadal mengatasi aksi liat Matteo Berrettini sebentar tadi apabila mara ke perlawanan akhir ke-27 buatnya untuk pilihan kedua itu menempah pertemuan dengan Daniil Medvedev dalam penentuan kejuaraan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Penyingkiran Novak Djokovic dan Roger Federer meletakkan Nadal selaku pemain pilihan untuk kejuaraan perseorangan lelaki, namun dia menghadapi sedikit kesulitan dalam pertembungan empat terbaik di Flushing Meadows itu.

Juara 18 gelaran utama itu dipaksa bermandi peluh berbanding seperti yang diduga ramai ketika berdepan Berrettini -- yang memerlukan lima set untuk mengalahkan Gael Monfils dalam pusingan terdahulu -- 7-6 (8-6), 6-4, 6-1 sebelum memuktamadkan kemenangannya.

Berrettini tidak begitu letih seperti yang diharapkan selepas mengharungi aksi maraton hampir empat jam lamanya dengan Monfils dan dia juga berpeluang untuk memenangi set pertama.

Dia gagal memanfaatkan kelebihan itu apabila diheret ke 'tie-break' sebelum menemui jalan untuk melepasi rintangan wakil dari Itali berkenaan, yang menyelamatkan sembilan mata break yang pertama sebelum garang dalam set kedua.

Ia seterusnya menjadi titik tolak kepada Nadal untuk menyelesaikan kemenangannya dalam masa 2 jam 35 minit, namun penambahbaikan perlu dibuat sekiranya dia berhasrat memenangi kejuaraan Terbuka AS keempatnya dengan keperluan mengalahkan pemain di kemuncak prestasi, Medvedev.

Medvedev, bagaimanapun, dijangka bukanlah lawan yang akan bermurah hati seperti Berrettini, setelah meraih mata-mata penting dalam kemenangan straight set ke atas Grigor Dimitrov, namun berdasarkan pertarungan sebentar tadi, ia pasti menjanjikan malam yang sukar buat Nadal.

Berrettini menyelamatkan dua 'break point' dalam servis pertamanya dan tiga lagi dalam set kedua. Servis kencangnya berkelajuan 132 dan 125mph membantunya sebelum Nadal melakukan kesilapan pukulan kilas.

Keteguhannya hampir berhasil apabila mendahului 4-0 dalam 'tie-break' sementara pukulan voli 'drop' -- yang menjadi sandarannya sepanjang set pertama -- membolehkan dia berdepan mata akhir dalam servisnya.

Namun, kegagalan dua voli pukulan kilas menyaksikan dia gagal memanfaatkan dua mata akhir sehingga set itu menjadi milik Nadal apabila membalas pukulan dengan kuat dalam permainan rali.

Dia bergantung kepada pukulan depannya untuk terus bertahan dalam set kedua tatkala Nadal terus dikecewakan dalam 'break point'.

Namun, situasi itu diatasi apabila pukulan 'drop' menggagalkan pemain berusia 23 tahun itu, sekali gus membenarkan Nadal menawan pemain pilihan ke-24 berkenaan dalam set kedua.

Nadal tidak berdepan masalah besar dalam set ketiga tetapi pemain nombor dua dunia terbabit bakal berdepan ranjau untuk menghadapi Medvedev yang mempunyai tempoh rehat lebih dua hari sebelum aksi separuh akhir, sekali gus meningkatkan keyakinannya untuk menafikan pemain Sepanyol itu merebut kejuaraan utamanya yang ke-19.