Novak Djokovic mara ke suku akhir Terbuka AS selepas meraih kemenangan straight-set ke atas Joao Sousa.

Jangkaan dia bakal berdepan Roger Federer dalam suku akhir adalah sesuatu yang dinantikan semua peminat sukan tenis tetapi pertembungan pusingan keempat Djokovic terbukti lebih sukar berbanding keputusan perlawanan 6-3, 6-4, 6-3 yang memihak kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

Aksi yang kurang menyerlah daripada Sousa, dengan Djokovic pula bergelut untuk mempamerkan aksi konsisten dan cuaca yang panas di Flushing Meadows, merupakan kesimpulan pertembungan ini.

Bagaimanapun, Djokovic berjaya menemui sentuhan permainan dalam set terakhir dengan memenangi sembilan daripada 11 mata untuk menewaskan Sousa, sekali gus mara ke suku akhir dan dijangka berdepan Federer -- jika dia mengatasi Millman.

Dalam saingan wanita, persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh pemain Russia, Maria Sharapova, dikejutkan oleh Carla Suarez Navarro yang meraih kemenangan 6-4, 6-3 untuk mara ke suku akhir.