Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, gembira melihat Rafael Nadal kembali merampas takhta pemain nombor satu dunia, namun tidak menafikan berasa terkejut.

Kedua-dua mereka menghabiskan sebahagian besar tempoh pada tahun lalu dengan kecederaan, selepas Federer menamatkan saingan 2016 dengan kecederaan lutut selepas Kejohanan Wimbledon manakala Nadal bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan.

Bagaimanapun, kedua-duanya tampil hebat bagi musim 2017 apabila memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Perancis sementara Federer menjuarai Kejohanan Wimbledon 2017.

"Saya agak terkejut selepas Nadal menduduki tangga pertama dunia pada ketika ini kerana pada tahun lepas, kami bergelut dengan kecederaan.

"Dalam masa sama, saya tidak terkejut apabila dia bangkit untuk memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat.

"Menjadi pemain nombor satu dunia adalah sesuatu yang berlainan. Ia dapat dilihat ketika Andy Murray berada di puncak, sama seperti Novak Djokovic.

"Saya tetap gembira dengan Nadal," kata Federer.