Piala Davis: Ferrer hantar Sepanyol ke separuh akhir

Oleh Staff Writer 9 April 2018 425
Piala Davis: Ferrer hantar Sepanyol ke separuh akhir
David Ferrer melakar kemenangan lima set ke atas pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber, semalam untuk menghantar Sepanyol ke separuh akhir Piala Davis.

Rafael Nadal menghidupkan peluang Sepanyol dengan kemenangan straight-set ke atas Alexander Zverev, yang membawa perlawanan ke aksi penentuan di antara Ferrer dan Kohlschreiber.

Finalis Terbuka Perancis 2013 itu bersaing dan merakamkan kemenangan 7-6 (7-1), 3-6, 7-6 (7-4), 4-6, 7-5, sekali gus menghantar Sepanyol ke aksi separuh akhir berdepan Perancis.

Kali terakhir Sepanyol ke pusingan tersebut ialah pada 2012 dan tewas kepada Republik Czech.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen