Rafael Nadal gembira selepas kembali ke gelanggang tanah liat yang menyaksikan dia merakamkan kemenangan straight-set ke atas Philipp Kohlschreiber dalam saingan Piala Davis.

Beraksi buat kali pertama sejak Terbuka Australia pada Januari lalu selepas pulih daripada kecederaan pinggul, pemain nombor satu dunia itu menewaskan Kohlschreiber 6-2, 6-2, 6-3 dan menyamakan kedudukan Sepanyol dengan Jerman 1-1.

"Ia amat positif, meraih kemenangan straight set di atas permukaan kegemaran saya," kata Nadal.

"Ia merupakan perlawanan yang baik. Saya dapat berasakan permainan saya semakin baik di atas gelanggang ini.

"Pulih daripada kecederaan sentiasa suka, tetapi untuk berada pertama kali di depan penyokong adalah sesuatu yang akan diingati. Saya sangat gembira meraih kemenangan ini."

Kemenangan Nadal hadir tepat pada masanya buat Sepanyol selepas David Ferrer tewas 6-4, 6-2, 6-2 kepada Alexander Zverev di Valencia.