Rafael Nadal cuba untuk menikmati kejayaan meraih gelaran Masters Monte Carlo yang ke-11, semalam.

Pemain tenis kelahiran Sepanyol itu menewaskan Kei Nishikori 6-3, 6-2 untuk menjulang gelaran dan mengekalkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia.

Di sebalik prestasinya itu, Nadal menyedari kecederaan sentiasa membelenggu dirinya dalam beberapa tahun ini dan cuba memberikan yang terbaik setiap kali turun ke gelanggang.

"Perkara sebegini tidak akan berlaku selama-lamanya," katanya.

"Saya cuba untuk menikmati kejayaan ini dan bermain dengan penuh semangat, tenaga serta dan penuh konsentrasi.

"Saya mengetahui hari untuk mengucapkan selamat tinggal semakin hampir berbanding 10 tahun yang lalu. Ia bukan sesuatu yang merisaukan saya. Tetapi hari ini adalah saat yang istimewa," katanya.

Menilai persembahannya berdepan Nishikori, Nadal berkata, "Saya telah cuba bermain dengan baik, lawan saya dalam suku akhir [Dominic Thiem] telah banyak menguji ketahanan saya dan ia telah digunakan untuk memenangi perlawanan ini."