Roger Federer membenam Hubert Hurkacz dalam aksi straight set untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Tenis Masters Indian Wells di California, Amerika Starikat (AS), sekali gus meneruskan pemburuan kejuaraan keenamnya dalam kejohanan itu.

Pemain Switzerland itu, yang juga juara edisi 2004 hingga 2006 di samping edisi 2012 dan 2017, masih belum melepaskan sebarang set sepanjang minggu ini selepas melakar kemenangan 6-4, 6-4 untuk mencongak pehitungan dengan pilihan kedua kejohanan, Rafael Nadal, dalam separuh akhir.

Mata-mata awal yang diperoleh dalam setiap set sudah cukup untuk memastikan aksi cemerlang Federer, yang menyelamatkan dua 'break point'.

Pemain di ranking ke-67 dunia, Hurkacz, menyingkirkan Lucas Pouille, Kei Nishikori dan Denis Shapovalov untuk ke suku akhir, namun pemain berusia 22 tahun itu buntu mencari jalan bagi menjinakkan Federer, yang memenangi kejuaraan ATP yang ke-100 buat dirinya di Dubai awal bulan ini.

Hanya 31 minit diperlukan Federer untuk memenangi set pertama selepas memperoleh 'break point' dalam game kelima susulan pukulan terus Hurkacz dan pemain Poland itu terus melakukan 'unforced error' yang memudahkan tugas Federer.

Federer jelas tidak tertanding buat Hurkacz ketika dia memegang servis buat kali kedua dalam set berikutnya untuk membenarkan jaguh Switzerland itu mendahului 3-1.

Hurkacz, bagaimanapun, memperoleh 'break-point' pertama ketika servis di tangan Federer, namun pemain senior berusia 37 tahun itu tidak menunggu lama untuk melakukan pukulan kilas gemilang bagi mencuri mata tersebut.

Peluang kembali tiba buat Hurkacz untuk menyelamatkan keadaan ketika Federer ketinggalan 30-40 sewaktu memegang servis dalam game terakhir, namun bekas juara lima kali itu meraih tiga mata berturut-turut untuk melangkah ke suku akhir dengan rekod 66 kemenangan di Californa.