Rafael Nadal mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon di London untuk bertemu Nick Kyrgios manakala Roger Federer bangkit daripada permulaan goyah sebelum meneruskan kemaraan.

Sam Querrey pula menempah laluan selepas menyingkirkan Dominic Thiem dalam saingan hari kedua.

Nadel dilabel amat menjengkelkan oleh Kyrgios sebelum pemain Sepanyol itu menewaskan lawan berkenaan dalam Terbuka Perancis dan memenangi kejuaraannya yang ke-12 di Roland Garros bulan lalu.

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, Nadal mudah menundukkan Yuichi Sugita di Gelanggang No. 1 awal pagi tadi dan akan bertemu pemain Australia penuh kontroversi, Kyrgios, yang menewaskan rakan senegaranya, Jordan Thompson, dalam aksi lima set.

Juara lapan kali, Federer, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Lloyd Harris 3-6, 6-1, 6-2, 6-2 di Centre Court manakala Querrey mengejutkan naib juara Terbuka Perancis, Thiem.

Bernard Tomic pula ditewaskan Jo-Wilfried Tsonga dalam tempoh 48 minit -- rekod permainan perseorangan lelaki paling singkat di Kelab All England sejak 2004.