Lleyton Hewitt mengesahkan dia akan keluar daripada persaraan untuk beraksi dalam acara beregu lelaki dalam Terbuka Australia, bulan depan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menggantung raket pada 2016 apabila mengakhiri kariernya di Melbourne Park.

Pemain berusia 36 tahun itu membuat kemunculan singkat dalam Piala Davis pada Mac tahun lalu apabila melangkah di samping John Peers untuk berdepan Amerika Syarikat (AS) dalam pertembungan beregu pertama.

Pemenang dua gelaran utama dan finalis Terbuka Australia 2005 itu disahkan akan kembali semalam demi mengecapi kegemilangan terakhir apabila akan bergandingan dengan rakan baiknya, Sam Groth, dalam aksi di Melbourne Park, Januari nanti.

"Ia akan menjadi sedikit seronok, itulah Terbuka Australia," kata Hewitt kepada Channel 7 News.

"Ia satu langkah yang menyeronokkan untuk saya pergi ke sana dengan cara yang berbeza, saya akan benar-benar menikmatinya."

"Kami bukan hanya beraksi di sana untuk melengkapkan kuota, kami mahu memberikan cabaran," tambah Groth.