Simone Halep bangkit daripada permulaan lembap untuk menundukkan Lesia Turenko menerusi straight set 6-4, 6-1, sekali gus melangkah ke separuh akhir Kejohanan Cincinnati Masters, semalam.

Halep melepaskan dua servis awal yang diraih sehingga membuatkan dia ketinggalan 1-4 sewaktu berdepan Tsurenko dalam acara Perdana 5 WTA di Ohio itu.

Pemain nombor satu dunia itu melengkapkan empat mata akhir dalam set keenam untuk akhirnya kembali bangkit.

Tatkala keazaman tinggi daripada wakil Romania itu untuk mengubah hala tuju perlawanan menjadi sasarannya, Halep mempamerkan aksi memukau dalam 10 set seterusnya untuk melengkapkan penguasaan dalam perlawanan.

Tsurenko kembali memberi saingan dalam aksi keenam ketika perlawanan memasuki set kedua untuk mengelakkan kekalahan lebih awal, namun ia tidak mampu membantu wakil Ukraine itu untuk mengekang kemaraan Halep.

Dalam aksi sebelumnya pada hari yang sama, Halep menundukkan Ashleigh Barty untuk memenangi perlawanan pusingan ketiga yang terpaksa ditangguhkan akibat hujan.

Pemenang Wimbledon itu tampak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan untuk mengungguli setiap perlawanan yang diharungi.

"Saya rasa saya mengubah perlawanan, tewas dalam aksi pertama tanpa berfikir," kata Halep.

"Untuk beraksi dua kali dalam sehari dan memenanginya, saya benar-benar gembira.

"Tidak kira untuk sesiapa, ia merupakan hari yang sukar tetapi saya tidak akan merungut."

Tewas dalam final kejohanan sama pada 2015 dan 2017, Halep bakal berdepan wakil Belarus, Aryna Sabalenka, dalam separuh akhir.