Skuad wushu negara memberikan khabar gembira dari Pusat Dagangan Dunia, Manila apabila Loh Choon How membutirkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia dalam acara taijiquan Sukan SEA Filipina sebentar tadi.

Choon How muncul peserta terbaik dengan mengumpulkan 9.680 mata, mengatasi wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu (9.590), dan peserta Filipina, Daniel Paranyac (9.560).

"Saya berasa amat berbangga dan mahu berterima kasih kepada MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara), pihak persatuan dan jurulatih.

"Saya amat menikmati acara ini dan amat gembira untuk memenangi pingat emas pertama buat Malaysia.

"Sebenarnya, saya tidak menyasarkan apa-apa pingat kerana tidak mahu tertekan.

"Saya hanya berlatih dan mempersiapkan diri untuk melakukan yang terbaik," katanya.