Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengesahkan tiga jenis sukan tidak akan menyertai Sukan SEA Filipina, November depan.

MOM mengambil langkah drastik apabila menolak permohonan dua persatuan, sekali gus menafikan wakil sukan jiu-jitsu dan tenis ringan menjelang saingan di Filipina, hujung tahun ini.

Dalam masa sama, Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) pula menarik diri kerana kekangan kos dan tiga lagi sukan, iaitu bola sepak wanita, kurash (gusti) serta kenu masih memerlukan masa untuk menghantar senarai atlet tatkala mereka perlu melengkapkan dokumen sebelum 2 September ini.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.