Tetap yakin penuhi sasaran emas 

Oleh Staff Writer 10 September 2019 322
Tetap yakin penuhi sasaran emas 
Meskipun ramai muka baru akan menjadi taruhan dalam Sukan SEA Filipina 2019, November depan, skuad silat olahraga, ragbi 7's dan skuasy negara tetap yakin mampu mencapai sasaran yang diletakkan. 

Dalam sidang media persiapan kontinjen negara untuk menghadapi Sukan SEA 2019 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, pagi tadi, skuad silat olahraga menerusi jurulatihnya, Mazlan Shaari, menyatakan optimis untuk membawa pulang dua pingat emas yang disasarkan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dan MSN. 

Dalam masa sama, kontinjen ragbi 7's lelaki pula membawa tujuh muka baru untuk membantu mereka mempertahankan emas dalam edisi di Kuala Lumpur. 

Selain itu, pemain perseorangan lelaki, Darren Rahul Pragasam, dijangka menghadapi laluan sukar dalam memburu kemenangan di lapangan skuasy. 

Ini kerana dia tewas kepada wakil Filipina, Juan Rafael Yan, dalam edisi dua tahun lalu.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen