Taekwondo: Skuad negara tingkatkan keamatan latihan 

Oleh Staff Writer 10 November 2019 24
Taekwondo: Skuad negara tingkatkan keamatan latihan 
Atlet taekwondo negara bertungkus-lumus dalam meningkatkan persiapan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina hujung bulan ini. 

Hanya berbaki 19 hari menjelang temasya itu, skuad taekwondo negara meningkatkan sesi latihan sebanyak tiga kali sehari.

Bagaimanapun, pendekatan baru itu telah menimbulkan tekanan buat beberapa atlet negara yang bakal membawa cabaran. 

"Dulu kami berlatih dua atau tiga jam tanpa rehat tetapi sekarang, atlet lebih rehat tetapi latihan diadakan berulang kali. 

"Malah, mereka kini lebih fokus dengan pungutan mata," kata ketua jurulatih negara, Yap Yih Ting, ketika dihubungi. 

Skuad taekwondo poomsae berazam mengulangi perancangan Sukan Asia 2018 sempena Sukan SEA apabila memanggil bekas juara dunia, Park Kwang-ho, bagi membantu persiapan.

Dalam temasya edisi ke-30 itu, Taekwondo Malaysia (TM) meletakkan sasaran dua pingat emas kepada atlet lelaki, masing-masing menerusi acara kyorugi dan poomsae.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen