Skuasy: Yiwen galas tanggungjawab berbeza

Oleh Staff Writer 11 November 2019 36
Skuasy: Yiwen galas tanggungjawab berbeza
Sukan SEA Filipina akan menjadi pengalaman berbeza buat pemain skuasy wanita negara, Chan Yiwen, berbanding ketika penampilan sulung dalam temasya Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Kempen di tanah air menyaksikan penglibatan Yiwen bersama skuad kebangsaan terhad kepada acara berpasangan tatkala dia menyumbang pingat perak selepas tumbang dalam final berpasangan wanita bersama gandingannya, Nazihah Hanis.

"Setakat ini semuanya bagus, saya sudah pulih daripada kecederaan. Semuanya baik. Kini, saya hanya cuba meningkatkan mutu permainan. Agak baru buat saya kerana kali ini saya terlibat dalam acara perseorangan tetapi tiada tekanan. Saya hanya mahu tampilkan aksi terbaik," katanya.

Menjelang saingan di Filipina hujung bulan ini, dia dijangka beraksi dalam acara utama membabitkan kategori perseorangan dan berpasukan.

Kehadiran rakan senior, Rachel Arnold, dalam kempen kali ini juga tidak menghalang Yiwen daripada mengimpikan pingat emas dalam acara perseorangan.

"Semua orang mengejar emas tetapi apa yang saya terapkan adalah jangan pandang rendah kemampuan lawan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen