Skuasy: Darren sasar tampil dalam aksi final

Oleh Staff Writer 10 September 2019 313
Skuasy: Darren sasar tampil dalam aksi final
Pemain skuasy negara, Darren Rahul Pragasam, bertekad menghapuskan mimpi buruk dua tahun lalu ketika tewas kepada wakil Filipina yang menyekat laluannya ke saingan final Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sebelum ini, dia terkandas dalam saingan separuh akhir apabila ditewaskan oleh Rafael Yam dari Filipina dalam perlawanan lima set dengan keputusan 11-6, 8-11, 7-11, 11-4, 8-11.

Bagaimanapun, dia mengakui kekalahan itu menjadikan dia semakin matang untuk mengawal permainan, apatah lagi wakil Filipina itu turut beraksi pada musim ini.

Darren bersama Adrian Idraki dijangka menjadi sandaran emas Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dalam temasya dwitahunan itu November depan.

"Ini akan menjadi penampilan kedua saya dalam Sukan SEA. Saya berasakan lebih matang dan menghadapi temasya kali ini dengan tumpuan yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, SRAM mengekalkan sasaran empat pingat emas di Filipina biarpun tanpa kelibat tonggak negara seperti Ng Eain Yow dan S. Sivasangari.

"Kami mengekalkan sasaran empat pingat emas bagi saingan kali ini serta tiga perak yang diraih di Kuala Lumpur dua tahun lalu," kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen