Renang: Welson yakin pertahan emas tanpa jurulatih

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 551
Renang: Welson yakin pertahan emas tanpa jurulatih
Perenang negara, Welson Sim, akan memulakan misi memburu pingat emas hatrik 400 meter gaya bebas Sukan SEA tanpa jurulatih, Chris Martin, yang masih belum tiba di Filipina akibat penangguhan penerbangan.

Atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu kini yakin dia berada dalam prestasi terbaik tatkala dia bakal memulakan cabaran di Filipina esok.

Meskipun tanpa kehadiran Martin buat sementara, pemenang emas acara 400m gaya bebas edisi 2015 dan 2017 itu menegaskan ia tidak menjejaskan fokusnya sambil percaya dengan kemampuan jurulatih lain untuk mengendalikannya.

"Lapangan terbang kini ditutup sementara tetapi kami masih memiliki jurulatih lain untuk mengendalikan sesi memanas badan," katanya.

Dalam masa sama, dia juga optimis mampu mencapai hasrat untuk mencipta gelaran hatrik selepas melalui sesi latihan di Melbourne, Australia sebelum ini.

"Saya rasa lakukan apa yang termampu dalam latihan dan kini yakin untuk mempertahankan emas 400m gaya bebas. Saya akan lakukan yang terbaik. 

"Untuk kelayakan Olimpik 2020 sebenarnya sangat sukar berbanding sebelum ini. Namun, saya tidak tahu apa boleh saya cipta sehingga beraksi esok."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen