Renang: Welson terlepas pertahan emas

Oleh Staff Writer 4 Disember 2019 668
Renang: Welson terlepas pertahan emas
Perenang negara, Welson Sim, gagal mempertahankan pingat emasnya dalam acara 400 meter gaya bebas Sukan SEA Filipina apabila sekadar menduduki tempat kedua di Pusat Akutik New Clark City hari ini.

Turun dengan misi memburu pingat emas hatrik selepas melakukannya pada 2017 dan 2015, dia bagaimanapun mencatatkan 3 minit 49.55 saat dan terpaksa akur dengan kehebatan jaguh baru dari Vietnam, Nguyen Huy Hoang, yang muncul perenang terpantas dengan 3:49.08s.

Pingat gangsa pula dimenangi perenang Indonesia, Prawira Aflah.

Dalam pada itu, Welson, yang turut membarisi kuartet negara bersama Keith Lim, Khiew Hoe Yan dan Arvin Singh, turut meraih pingat gangsa 4x200m gaya bebas.

Emas milik pasukan Singapura manakala perak milik Vietnam.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen