Renang: Menang bukan gaya hidup -- Welson

Oleh Staff Writer 8 Disember 2019 467
Renang: Menang bukan gaya hidup -- Welson
"Kemenangan itu bukan gaya hidup," itu luahan perenang negara, Welson Sim, yang menerima tekanan sebagai sandaran pingat emas negara dalam Sukan SEA Ke-30.

Welson mengakui kecewa dengan prestasinya yang gagal menyumbang sebarang  pingat emas, sekali gus menganggap Sukan SEA 2019 merupakan mimpi buruk buatnya. 

Ia susulan atlet berusia 22 tahun itu gagal mencipta kejayaan hatrik dalam acara 400 meter gaya bebas selain mempertahankan pingat emas melalui acara 200m gaya bebas. 

Welson yang berkelana ke Melbourne, Australia bagi menjalani latihan di bawah kendalian Craig Jackson itu menjelaskan tekanan yang dirasai sebagai sandaran pingat emas merosakkan impiannya.

"Menang bukan gaya hidup, ia amat sukar. Anda perlu menangani banyak perkara dan jangkaan daripada ramai pihak. Ditambah pula saya berpangkalan di Melbourne dan kemenangan sudah diharapkan oleh ramai pihak," katanya.

Atlet kelahiran Sarawak itu menamatkan saingan acara individu terakhirnya, 100m gaya bebas, di kedudukan keenam dengan catatan 50.30s. 

"Sejujurnya, ini merupakan penampilan terburuk saya dalam saingan Sukan SEA dan saya sangat kecewa."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen