Renang: Hoe Yean sasar beraksi di Manila

Oleh Staff Writer 15 Ogos 2019 714
Renang: Hoe Yean sasar beraksi di Manila
Perenang remaja negara, Khiew Hoe Yean, mahu membuktikan kebolehannya dalam Kejohanan Renang Remaja Dunia bagi menempah slot ke Sukan SEA di Filipina, November depan.

Perenang berusia 17 tahun itu mula menyerlah apabila meraih tujuh pingat emas dalam saingan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) bulan lalu.

Kini Hoe Yean ingin menceburi peringkat senior dengan harapan mampu melakar kejutan dalam Kejohanan Remaja Dunia yang bakal berlangsung di Budapest, Hungary 20 hingga 25 Ogos ini.

"Ini merupakan motivasi terbaik dan memperbaiki lagi catatan masa peribadi. Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik bagi beraksi dalam Sukan SEA," katanya.

Keinginan atlet kelahiran Kuala Lumpur itu untuk beraksi di pentas temasya dwitahunan itu tercipta daripada kesan positif yang mampu diberi terhadap kariernya sebagai perenang negara.

"Saya mahu beraksi dalam temasya dwitahunan itu. Saya mahu bertemu barisan perenang terbaik Asia Tenggara dan menguji kemampuan saya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen