Renang: Hoe Yean iringi Welson ke final 400m gaya bebas

Oleh Staff Writer 4 Disember 2019 597
Renang: Hoe Yean iringi Welson ke final 400m gaya bebas
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean, mengikut jejak langkah Welson Sim apabila menempah slot dalam saingan akhir acara 400 meter gaya bebas dalam Sukan SEA Filipina pagi tadi. 

Hoe Yean, yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu, meraih tempat ke final selepas berada di kedudukan ketiga dengan catatan masa 4 minit 01.29 saat. 

Atlet berusia 17 tahun itu mengakui berdepan cabaran sukar dalam memburu pingat, bagaimanapun dia masih bertekad untuk membuktikan aksi terbaik. 

"Saya akan cuba mencapai podium meskipun sukar.

"Kalau dapat memperbaiki catatan, saya akan berasa gembira," katanya.

Sementara itu, Welson Sim yang menjadi harapan negara turut memperoleh slot ke saingan akhir, menepati ramalan itu apabila merekodkan catatan 3:57.24s untuk kedudukan pertama. 

"Sudah semestinya saya mahu memenangi emas memandangkan edisi lalu, saya menang dua emas. 

"Saya pastinya mahu mempertahankannya," katanya. 

Selain dua perenang tersebut, seorang lagi wakil negara, Daniel Lim, turut menggalas tanggungjawab negara dalam saingan akhir 100m kuak dada lelaki. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen