Petanque: penundaan acara tidak jejas semangat pemain

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 6
Petanque: penundaan acara tidak jejas semangat pemain
Penundaan aksi terakhir peringkat round robin tidak menjejaskan tumpuan skuad petanque negara untuk memburu sasaran satu pingat emas dengan kapten, Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Tarmizi, berkeyakinan untuk menundukkan Indonesia dalam perlawanan di Bandar Baru Clark esok.

Petanque antara sukan yang terjejas ekoran Taufan Kammuri.

Trio sepasukan lelaki dan wanita negara sepatutnya menamatkan pusingan round robin menentang Indonesia hari ini, namun aksi itu ditunda ke esok bagi menjaga keselamatan atlet.

Begitupun, ia tidak menjejaskan tumpuan skuad negara untuk meneruskan sasaran satu emas.

"Pada saya, walaupun perlawanan hari ini ditunda, peluang pasukan Malaysia masih cerah.

"Kerana perlawanan itu akan menentukan naib juara peringkat kumpulan dengan menentang pasukan Indonesia.

"Peluang untuk ke separuh akhir amats cerah," katanya.

Malaysia meraih dua pingat emas dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu menerusi acara perseorangan dan tiga sepasukan lelaki.

Bagaimanapun, acara perseorangan tidak dipertandingkan di Filipina, sekali gus meningkatkan cabaran dalam perebutan empat emas yang ditawarkan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen