Program suntikan vaksin polio untuk kontinjen negara sempena Sukan SEA Filipina hujung bulan ini terpaksa ditangguhkan ekoran peralatannya tidak sempat disediakan.

Suntikan berkenaan sepatutnya diadakan selepas pendaftaran atlet di Bangi hari ini, namun hanya akan dilakukan esok.

Selain itu, hari pertama Perhimpunan Akhir Sukan SEA yang sepatutnya membabitkan 779 anggota kontinjen negara itu berlangsung tanpa beberapa kontinjen sukan seperti polo, memanah, luncur air, berbasikal, bola sepak dan sepak takraw

Chef-de-mission (CDM) negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, baru sahaja memberi taklimat dan penerangan mengenai jadual kem selama tiga hari itu yang diadakan sehingga Khamis ini.

Perhimpunan akhir tersebut bertujuan untuk menyuntik semangat barisan atlet dan pegawai yang akan menghadapi temasya edisi ke-30 itu.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena malam ini