Pelari pecut negara, Muhammad Zulfiqar Ismail, menagih janji Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menghantar dua pelari terbaik 100 meter dalam Sukan SEA Filipina 2019, November depan sambil status juara bertahan temasya, Khairul Hafiz Jantan, menjadi persoalan.

"Catatan peribadi saya adalah 10.40 saat yang dilakukan tahun lalu dan selepas setahun, ini catatan terbaik saya musim ini (10.41s).

"Saya harap KOM tunaikan janji kelayakan itu," katanya yang melakukan catatan itu dalam Kejohanan Tertutup Malaysia 2019 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Badan induk olahraga negara itu akan mengadakan mesyuarat khas untuk memilih skuad ke temasya Filipina 2019, esok.

Turut menjadi persoalan, status kuartet 4x100m wanita negara.

Siti Fatimah Mohamad dan S Komalam Shally mencatat masa kedua serta ketiga terpantas musim ini, namun mereka tiada dalam program MSN.

"Jurulatih dan atlet akan duduk bersama untuk membincangkan tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi.

"Mungkin dalam larian akan datang, saya akan diletakkan sebagai sebagai pelari pertama atau kedua dan menjadi lebih bagus lagi daripada sebelum ini," kata Siti Fatimah.

Komalam pula berharap kepada kuartet pemegang rekod kebangsaan yang turut ditunjangi Nurul Faizah Asma Mazlan, Zaidatul Husniah Zulkifli sebelum ini.

Mereka, yang unggul Kejohanan Olahraga Asia ke-22 di India, dua tahun lalu, melakar 45.18s untuk memperbaharui rekod kebangsaan, sebulan sebelum Sukan SEA 2017.

"Kami memang nak sangat bersaing di samping kuartet lama. Kami adalah pemegang rekod kebangsaan," ujarnya.

Keputusan hari ini:

LELAKI:

Lompat Bergalah:

EMAS: Iskandar Alwi (ATM) -- 5.15m

PERAK: Muhammad Naufal Shahrul Afzam (JOH) -- 4.00m

GANGSA: Muhammad Zakariya Mansuri (WP KUALA LUMPUR) - 4.00m


100m Lari Berpagar:

EMAS: Mohd Rizzua Haizad (SAR) 14.54s

PERAK: Benedictian Gawok (SAB) 14.73s

GANGSA: Muhd Naim Abdullah (PER) 14.78s

200m

EMAS: Muhammad Haiqal Hanafi (JOH) 21.20s

PERAK: Mohd Aqil Yasmin (ATM) 21.49s

GANGSA: Aravinn Thevarr Gunasegaran (ATM) 21.56s


4x400m

EMAS: Terengganu 3 minit 14.63 saat

PERAK: Selangor 3:16.99

GANGSA: Johor 3:18.84

WANITA

10,000m Jalan Kaki

EMAS: Elene Goh Ling Yin (ATM) 53:09.44

PERAK: Koong Jia Lin (PAH) 56:25.50

GANGSA: Pua Ling En (JOH) 58:19.35

Lompat Jauh

EMAS: Noor Shahidatun Nadia Zuki (ATM) 5.84m

PERAK: Siti Zubaidah Adabi (JOH) 5.74m

GANGSA: Mahira Hanis Ishak (JOH) 5.73m

Lontar Peluru

EMAS: Bibraisyah Ishak (ATM) 12.75m

PERAK: Nani Sahirah Maryata (PAH) 12.60m

GANGSA: Nurull Ainin Syaqina (PAH) 11.76m

110m Lari Berpagar

EMAS: Raja Nursheena Raja Azhar (ATM) 14.93s

PERAK: Nur Syafiqah Anis Abu Bakar (ATM) 15.11s

GANGSA: Eng May Xin Winnie (WP KL) 15.26s

200m

EMAS: Nurul Faizah Asma Mazlan (ATM) 25.29s

PERAK: Komalam Shally Selvaretnam (ATM) 25.34s

GANGSA: Siti Fatimah Mohammad (ATM) 25.42s

5000m

EMAS: J. Puspa Letchumy (JOH) 18 minit, 35.49s

PERAK: B. Ramiyah (SEL) 20:16.40s

GANGSA: Lydia Chua Jing Wen (JOH) 20:30.56s

4x400m

EMAS: Angkatan Tentera Malaysia 4:00.13s

PERAK: Kedah 4:03.13s

GANGSA: Johor 4:05.63 s