Olahraga: Haiqal sedia pertahan emas Khairul Hafiz

Oleh Staff Writer 8 Disember 2019 8615
Olahraga: Haiqal sedia pertahan emas Khairul Hafiz
Pelari pecut negara, Haiqal Hanafi, menghadirkan sinar untuk mempertahankan pingat emas acara 100 meter dalam Sukan SEA Filipina apabila mencatatkan 10.39 saat yang merupakan catatan kedua terpantas dalam kalangan lapan finalis, dalam pusingan saringan di Stadium Olahraga New Clark City hari ini.

Dua tahun lalu, Khairul Hafiz Jantan memenangi pingat emas acara 100 meter dalam edisi di Kuala Lumpur.

Kini, harapan untuk mempertahankan emas acara itu digalas Haiqal, yang beraksi cemerlang dalam saringan hari ini

"Saya sangat bersyukur kerana berjaya layak ke final dan akan cuba untuk melakukan yang lebih cemerlang dalam  final.

"Larian yang lebih cemerlang akan dilakukan selepas ini.

"Jika rezeki saya, pingat emas akan diraih dan jika tidak, saya akan cuba dua tahun lagi," katanya.

Turut ke final dalam acara wanita ialah ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen