Atlet muay negara, Zulhilmi Rosli, berpuas hati apabila mara ke final selepas menewaskan wakil tuan rumah, Alexis Mayag, dalam separuh akhir kategori 48 kilogram Sukan SEA Filipina di Subic hari ini.

Skuad negara menerima tamparan besar apabila kapten dan juara bertahan, Ali Yaakub, tersingkir awal dalam kategori 57 kilogram semalam.

Ia disusuli pengingkiran Riedzwan Norsyahmi Daud dalam perlawanan separuh akhir kategori 54 kilogram hari ini.

Sedar dengan tanggungjawab yang dipikulnya, wakil negara itu memperagakan aksi mantap untuk menewaskan lawannya 3-0, sekali gus mencerahkan harapan skuad negara untuk memburu kilauan emas pertama dalam temasya kali ini.

"Kemenangan saya amat meyakinkan.

"Saya menang 3-0 dan menewaskan wakil tuan rumah.

"Ia amat mencabar dan kemenangan ini untuk rakan-rakan saya yang tewas sebelum ini," katanya.